Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD

Kad Grafik AMD RX 9070 XT, 9070 Dilancar – Seni Bina RDNA 4, Teknologi FSR 4

Diterbitkan Februari 28, 2025 · Dikemas kini Februari 28, 2025 oleh Amsyar Latif

AMD hari ini secara rasmi memperkenalkan siri kad grafik Radeon RX 9000 yang menggunakan seni bina baharu RDNA 4. Dua model pertama dalam siri ini, Radeon RX 9070 XT dan Radeon RX 9070, hadir dengan 16GB memori GDDR6, peningkatan ketara dalam prestasi ray tracing serta keupayaan pemprosesan AI yang lebih pantas. Kad grafik ini direka untuk memberikan pengalaman gaming yang lebih lancar dan imersif, sambil menawarkan harga yang kompetitif.

AMD RX 9000
AMD RX 9000

Dari segi spesifikasi, Radeon RX 9070 XT dilengkapi dengan 64 ‘Compute Units’, kelajuan ‘Game Clock’ mencecah 2.4 GHz, dan maksimum sehingga 3.0 GHz. Kad ini menggunakan memori 256-bit dengan 64MB Infinity Cache serta kuasa penggunaan 304W.

Kad Grafik AMD RX 9070 XT, 9070 Dilancar – Seni Bina RDNA 4, Teknologi FSR 4

Model Radeon RX 9070 pula hadir dengan 56 ‘Compute Units’, ‘Game Clock’ 2.1 GHz, dan ‘Boost Clock’ sehingga 2.5 GHz, dengan spesifikasi memori yang sama tetapi dengan kuasa penggunaan lebih rendah iaitu 220W. Radeon RX 9070 XT dijual pada harga USD599 (~RM2,670), manakala Radeon RX 9070 ditawarkan pada USD549 (~RM2,447).

AMD RX 9000

Dari segi prestasi, RX 9070 mampu memberikan peningkatan sehingga 20% lebih pantas berbanding RX 7900 GRE dalam gaming pada resolusi 1440p.

AMD RX 9000

Manakala RX 9070 XT pula menawarkan 40% peningkatan prestasi berbanding generasi sebelumnya dalam resolusi yang sama.

Dengan kehadiran ray tracing generasi ke-3, AMD menjanjikan dua kali ganda keupayaan pemprosesan lebih tinggi bagi setiap unit pengiraan, membolehkan grafik yang lebih realistik dengan pencahayaan, bayang-bayang, dan pantulan yang lebih terperinci.

Selain itu, keupayaan pemecut AI generasi ke-2 turut ditingkatkan dengan keupayaan hingga lapan kali ganda lebih pantas untuk inferens AI berbanding RDNA 3.

Kad Grafik AMD RX 9070 XT, 9070 Dilancar – Seni Bina RDNA 4, Teknologi FSR 4

Bagi meningkatkan lagi pengalaman gaming, AMD memperkenalkan FidelityFX Super Resolution 4 (FSR 4) yang menggunakan teknologi ML-powered upscaling untuk meningkatkan kualiti imej serta prestasi dalam lebih 30 permainan pada pelancaran, dengan 75 lagi akan menyusul dalam masa terdekat.

AMD RX 9000

Tambahan pula, siri Radeon RX 9000 menyokong teknologi paparan generasi baharu melalui AMD Radiance Display Engine, yang membolehkan sambungan ke DisplayPort 2.1a & HDMI 2.1b, serta keupayaan output sehingga 8K 144Hz dengan 12-bit HDR untuk kualiti warna yang lebih menakjubkan.

AMD RX 9000

Kad grafik AMD Radeon RX 9070 XT dan RX 9070 akan mula dijual secara rasmi bermula 6 Mac 2025 daripada pelbagai jenama termasuk ASRock, ASUS, Gigabyte, PowerColor, Sapphire, XFX, dan banyak lagi.

Dengan peningkatan prestasi yang ketara serta harga yang kompetitif, siri Radeon RX 9000 memberikan pilihan menarik kepada pemain yang ingin menaik taraf ke GPU generasi seterusnya.

Berkaitan

  • AMD Lancar AMD EPYC Gen-5, CPU Sehingga 192 Teras Dan 500W TDP
  • AMD Lancarkan Pemproses 'Gaming' Terbaru, Ryzen 7 9800X3D Berharga ~RM2,095
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Kad Grafik NVIDIA Siri RTX 50 Rasmi, Peningkatan Prestasi Ketara

Gambar: AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY