Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD 9000 series

AMD Lancarkan Pemproses ‘Gaming’ Terbaru, Ryzen 7 9800X3D Berharga ~RM2,095

Diterbitkan November 3, 2024 · Dikemas kini November 4, 2024 oleh ariff bukhari

AMD melancarkan Ryzen 7 9800X3D, pemproses desktop terbaru yang direka untuk meningkatkan prestasi permainan dengan seni bina “Zen 5” dan teknologi Gen-2 AMD 3D V-Cache.

Dengan kelajuan CPU maksimum 5.2 GHz dan cache 104MB, pemproses ini memberikan prestasi tinggi bagi permainan dan tugas produktiviti harian.

AMD menyatakan, pemproses ini memberikan peningkatan prestasi permainan sehingga 8% berbanding generasi sebelumnya dan 20% lebih laju dari Intel Core Ultra 9 285k.

AMD 9000 1 series
Ia merupakan pemproses X3D pertama yang dibuka sepenuhnya, menawarkan peminat dan pemain untuk mendorong prestasinya ke had baharu.

Mempunyai 8 teras “Zen 5” lanjutan dan 16 bebenang untuk memberikan prestasi yang luar biasa, pemproses ini menawarkan kelajuan CPU asas 4.7 GHz dan maksimum 5.2 GHz, sekali gus menjadi cip X3D terpantas ketika ini.

AMD turut memaklumkan bahawa mereka bekerjasama dengan pembangun permainan seperti Call of Duty dan Warhammer 40,000: Space Marine 2, di mana prestasi Ryzen 7 9800X3D membantu menyampaikan pengalaman permainan yang lancar dan imersif.

AMD juga berkata, pemproses ini meningkatkan kadar bingkai  sebanyak 31% dalam permainan seperti The Last of Us: Part 1, memberikan pengalaman tanpa henti dan lancar bagi para pemain.

Harga jualan bagi AMD Ryzen 7 9800X3D ini ditetapkan berharga USD479 (~RM2,095).

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari

Sumber: AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB
  • Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
  • Cara Lapor Kesalahan Merokok Melalui 'MyLapor'
  • Spotify Sahkan Tindakan Perketat Perkongsian Pelan Family, Tapi Anggapnya Sebagai ‘Penambahbaikan Rutin’
  • Finland Luluskan Lesen Tapak Pelupusan Sisa Nuklear Pertama Di Dunia, Radiasi Kekal Sehingga 100,000 Tahun
  • Waze Nafi Dakwaan Kumpul Maklumat Sensitif Kerajaan
©2026 WISER.MY