NVIDIA telah memperkenalkan generasi baharu kad grafik mereka, siri GeForce RTX 50, yang menawarkan empat model utama — RTX 5090, RTX 5080, RTX 5070 Ti, dan RTX 5070. Dengan harga bermula dari $549 (~RM2475) untuk RTX 5070 sehingga $1,999 (~RM9000) untuk RTX 5090, siri ini membawa pelbagai peningkatan besar dalam prestasi dan teknologi berbanding generasi sebelumnya, Ada Lovelace.
Semua kad grafik ini menerima peningkatan teknologi dengan dilengkapi antara muka PCIe 5.0, memori GDDR7 dan DisplayPort 2.1b UHBR20. Masing-masing juga hadir dengan penyambung kuasa 16-pin, yang memastikan penghantaran kuasa lebih stabil dan sesuai dengan keperluan tenaga tinggi.
GeForce RTX 5090
RTX 5090 adalah kad grafik paling berkuasa dalam siri ini. Ciri-ciri utamanya:
- 21,760 teras CUDA, menjadikannya kad grafik GeForce pertama yang melepasi 20 ribu teras.
- Memori 32GB GDDR7 pada 512-bit memory bus.
- Penggunaan tenaga sebanyak 575W, iaitu peningkatan 125W berbanding RTX 4090.
Dengan harga $1,999 (~RM9,015), RTX 5090 dilengkapi dengan reka bentuk Founders Edition baharu yang hanya mengambil ruang dwi-slot, hasil teknologi 3D Vapor Chamber dan PCB yang lebih padat.
GeForce RTX 5080
RTX 5080 hadir dengan spesifikasi:
- 10,752 teras CUDA menggunakan GPU GB203.
- Memori 16GB GDDR7 pada 256-bit memory bus dengan kelajuan memori 30 Gbps.
Kad ini mempunyai TDP sebanyak 360W, 40W lebih tinggi daripada generasi sebelumnya, dan dijual pada harga $999 (~RM4,505).
GeForce RTX 5070 Ti
RTX 5070 Ti direka dengan:
- 8,960 teras CUDA dan memori 16GB GDDR7.
- Harga jualan ditetapkan pada $749 (~RM3,378).
Model ini hanya akan tersedia melalui rakan kongsi AIB, tanpa versi Founders Edition.
GeForce RTX 5070
RTX 5070 adalah model paling mampu milik dalam siri ini:
- 6,144 teras CUDA dan memori 12GB dengan bandwidth 572 GB/s.
- NVIDIA mendakwa ia “dua kali ganda lebih pantas daripada RTX 4070.”
Model ini hadir dengan reka bentuk Founders Edition dan akan dijual pada harga $549 (~RM2475).
Tarikh pelancaran
NVIDIA mengesahkan yang RTX 5090 dan RTX 5080 tersedia bermula 30 Januari. Sementara RTX 5070 Ti dan RTX 5070 pula tersedia pada bulan Februari ini.
Sumber: NVIDIA