AMD baru sahaja melancarkan AMD EPYC Gen-5 di acara Advancing AI 2024, menandakan era baharu AI, dengan pemecut AMD Instinct MI325X, serta penyelesaian rangkaian dan pemproses AMD Ryzen AI PRO melalui perkongsian AMD dengan syarikat besar seperti Dell, Google Cloud, HPE, Lenovo, Meta, dan Microsoft menunjukkan kepesatan penyelesaian AI AMD di peringkat perusahaan.
Menurut Dr. Lisa Su, CEO AMD, pusat data dan AI menawarkan peluang pertumbuhan yang besar, dengan pasaran AI pusat data dijangka mencecah $500 bilion (~RM2.73 Trilion) menjelang 2028. AMD siri EPYC 9005 yang baharu menawarkan sehingga 192 teras, 500W TDP, kelajuan CPU 5GHz dan mampu memenuhi keperluan pusat data yang pelbagai, sementara pemecut MI325X memberikan prestasi cemerlang dalam beban kerja AI yang paling menuntut.
AMD juga memperkenalkan teknologi ROCm, membolehkan lebih daripada satu juta model AI dijalankan terus menggunakan pemecut AMD Instinct. Ini termasuk sokongan untuk model popular seperti OpenAI ChatGPT dan Meta Llama.
Dalam peringkat perniagaan, AMD Ryzen AI PRO siri 300 memberikan kuasa AI kepada komputer riba perusahaan, memacu produktiviti dengan ciri keselamatan kelas perniagaan. Dengan sokongan OEM besar seperti HP dan Lenovo, lebih 100 platform dijangka memasuki pasaran menjelang 2025.
{suggest}
Sumber : Siaran media AMD


