Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ANPR_plus malaysia_1

JustGO Kini Diaktifkan Di Jambatan Pulau Pinang

Diterbitkan September 2, 2026 · Dikemas kini September 2, 2026 oleh Amalina Athman

JustGO kini tersedia di Jambatan Pulau Pinang, menambah satu lagi lokasi kepada rangkaian lebuh raya kendalian PLUS yang menyokong sistem pembayaran tol berasaskan Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR).

JUSTGO Jambatan Pulau Pinang

Perkembangan ini hadir tidak lama selepas PLUS memperluaskan JustGO ke seluruh jajaran Lebuhraya Utara-Selatan pada bulan lalu, selain Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan LINKEDUA. Pada ketika itu, Jambatan Pulau Pinang masih belum menyokong JustGO.

Dengan pengaktifan terbaru ini, pengguna JustGO yang telah mendaftarkan kenderaan boleh menggunakan nombor pendaftaran kenderaan sebagai kaedah pembayaran tol di Jambatan Pulau Pinang. Sistem ANPR akan membaca nombor pendaftaran kenderaan sebelum transaksi diproses menggunakan kad pembayaran yang dipautkan dalam aplikasi JustGO.

JustGO menawarkan konsep #LANE FREEDOM, iaitu pengguna yang telah mendaftar boleh melalui mana-mana lorong tol yang tersedia tanpa perlu memilih lorong khusus berdasarkan kaedah pembayaran. Bagaimanapun, di Plaza Tol Bandar Cassia, JustGO buat masa ini hanya tersedia di lorong RFID yang ditandakan dengan bulatan merah.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu memuat turun aplikasi JustGO di App Store, Google Play atau Huawei AppGallery, mendaftarkan akaun serta kenderaan, kemudian memautkan kad pembayaran.

Dalam pada itu, JustGO turut mengingatkan pengguna supaya tidak panik atau risau sekiranya menerima notifikasi transaksi selepas beberapa ketika selesai melalui tol. Transaksi berkenaan boleh mengambil sedikit masa untuk diproses sebelum notifikasi diterima.

JustGO Kini Diaktifkan Di Jambatan Pulau Pinang
Kredit: JustGO

Jika menerima notifikasi lebih lewat, pengguna boleh membuka aplikasi JustGO dan menyemak rekod transaksi untuk melihat masa serta lokasi perjalanan yang direkodkan. Maklumat tersebut boleh digunakan untuk memastikan transaksi berkenaan sepadan dengan perjalanan yang telah dibuat.

Berkaitan

  • PLUS Perkenal Sistem Pembayaran Tol Guna Pengecaman Nombor Plat, Lorong Bebas
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • JustGO Kini Tersedia Di Seluruh Lebuhraya Utara-Selatan - Turut Sokong 3 Lebuh Raya Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY