Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
World’s Fastest Drone

Jurufoto Catat Rekod Dunia Guinness Terbangkan RC Dron Selaju 480.23Km/j

Diterbitkan Mei 14, 2024 · Dikemas kini Mei 14, 2024 oleh ariff bukhari

2 orang jurugambar dan pencipta kandungan berjaya mencipta rekod dunia untuk penerbangan dron terpantas selepas dron buatannya mencapai kelajuan selaju 480.23 kilometer sejam.

Rekod itu telah diiktiraf Rekod Dunia Guinness di Western Cape, Afrika Selatan, pada 21 April 2024 dan telah dianugerahkan kepada Luke Bell dan ayahnya Mike Bell yang berasal dari Afrika Selatan.

Tidak dicapai dengan mudah, model dron yang dicipta menggunakan cetakan 3D itu berdepan cabaran getir apabila beberapa kali mengalami kebakaran.

Hanya selepas 3 bulan barulah dia berjaya menghasilkan rekaan dron yang dapat mencatatkan rekod tersebut.

Dron yang dinamakan sebagai Peregrine 2 itu melakukan sebanyak empat larian dengan dua larian terpantas mencatatkan kelajuan rekod purata 298.47 batu sejam atau 480.2 kilometer sejam.

“Ia begitu hampir dengan tanda 300 batu sejam tetapi saya rasa itu untuk pemecah rekod seterusnya – sama ada itu kami atau orang lain,” kata Bell kepada Peta Pixel.

Kelajuan dron milik Luke Bell ini sekali gus bermakna ia adalah lebih pantas daripada dron kamera yang cuba bersaing dengan juara dunia Formula 1 Max Verstappen sambil turut mengalahkan rekod sebelum ini untuk dron terpantas dunia yang merekodkan kelajuan 224 batu sejam (360 kilometer sejam) oleh Ryan Lademann pada tahun 2023 lalu.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Guinness World Record, Peta Pixel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY