Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 15 pro

4 ‘Telco’ Malaysia Mula Sedia Terima Tempahan iPhone 15 Pro Pada 22 September

Diterbitkan September 14, 2023 ยท Dikemas kini September 14, 2023 oleh Amsyar Latif

Acara pelancaran Apple sudah pun selesai semalam yang mana pra-tempah boleh dilakukan bermula 22 September untuk pasaran Malaysia.

Kini, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan (telco) dilihat mula bersedia untuk menerima tempahan siri iPhone 15.

Dalam tinjauan kami, syarikat seperti Maxis, Digi, Celcom dan juga U Mobile mula mengiklankan bagi tempahan awal peranti terbaru Apple tersebut.

Screenshot 2023-09-14 at 11.07.57 AM
Screenshot 2023-09-14 at 11.07.47 AM
Screenshot 2023-09-14 at 11.06.15 AM
Screenshot 2023-09-14 at 11.05.59 AM

Ia boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman rasmi telco masing-masing bermula 22 September depan, iaitu Jumaat pada jam 12:01 pagi. Seperti biasa, anda harus melanggan pelan pascabayar daripada mereka yang mana biasanya menawarkan kontrak 24 bulan atau sehingga 36 bulan.

Diingatkan juga, jumlah trafik dijangka akan meningkat semasa tempahan awal itu sedang berlangsung. Jadi, pastikan anda mempunyai sambungan internet yang kuat nanti.

Bagaimanapun, buat masa sekarang mereka belum memperlihatkan lagi berapa harga siri iPhone 15 dan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar pengguna.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan dan kami akan mengemas kini dari masa ke masa.

Berkaitan

  • iPhone 15 Dan iPhone 15 Plus Rasmi, Kini Hadir Dengan 'Dynamic Island'
  • iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max - Akhirnya USB-C, Titanium, Tiada Lagi Butang 'Mute'
  • Selain Tambahan RAM, Ini 9 Perbezaan iPhone 15 Pro Max Dengan iPhone 14 Pro Max

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY