Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MyJPJ baru 2026_

Aplikasi MyJPJ Kini Berwajah Baru – Lebih Moden, Mesra Pengguna

Diterbitkan April 27, 2026 · Dikemas kini April 27, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memperkenalkan aplikasi pintar MyJPJ versi baharu sebagai platform bersepadu yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi. Ia direka dengan antara muka yang lebih moden, lancar dan mesra pengguna.

Melalui penambahbaikan ini, pengguna boleh mengakses pelbagai fungsi utama dengan lebih mudah. Antaranya termasuk semakan lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM), semakan saman, akses kepada JPJeBid dan JPJeQ, serta carian lokasi pejabat JPJ berhampiran.

aplikasi MyJPJ 2026_1
Aplikasi MyJPJ versi baharu
aplikasi MyJPJ versi lama_1
Aplikasi MyJPJ versi lama

Selain itu, aplikasi MyJPJ versi baharu ini turut dilengkapi beberapa ciri tambahan yang memudahkan urusan pengguna. Ia termasuk pengenalan chatbot yang beroperasi 24 jam, mod tetamu (guest mode) bagi membolehkan akses tanpa log masuk serta integrasi MyDigital ID yang meningkatkan tahap keselamatan dan memudahkan proses log masuk.

aplikasi MyJPJ 2026_2
Chatbot
Aplikasi MyJPJ baru 2026_ versi guest
Mod ‘guest’

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, selaras dengan transformasi yang dilalui agensi penguat kuasa itu sepanjang tempoh lapan dekad penubuhannya.

“Sempena sambutan ulang tahun ke-80 JPJ ini, kita melancarkan penambahbaikan terhadap aplikasi MyJPJ yang akan dinaik taraf menjadi ‘super app;. Lebih banyak fungsi dan transaksi boleh dilakukan melalui MyJPJ,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pengguna kini mempunyai tempoh kurang seminggu untuk mendaftar MyDigital ID sebelum pelaksanaan log masuk tunggal aplikasi MyJPJ dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Mei 2026.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Log Masuk Tunggal MyJPJ Dengan MyDigital ID Dilanjutkan Lagi, Kini 1 Mei 2026
  • JPJ Lancar Aplikasi Lelong Kenderaan Sita
  • Aplikasi MCMC Nexus Kini Rasmi Dilancarkan - Mudahkan Pengguna Uji Kelajuan Sambungan Internet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY