Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthony Loke_JPJ Dis 2024

JPJ Tangguh Urus Niaga Tukar Hak Milik Kenderaan Dalam Talian

Diterbitkan Mei 25, 2026 · Dikemas kini Mei 25, 2026 oleh ariff bukhari

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan penangguhan sementara urusan tukar hak milik (THM) menerusi saluran urus niaga dalam talian berkuat kuasa 25 Mei 2026.

Penangguhan itu melibatkan portal awam, kiosk serta rakan niaga JPJ termasuk MyEG dan eAuto Sdn Bhd.

JPJ dalam satu kenyataan, berkata langkah tersebut diambil sebagai tindakan kawalan segera susulan aduan rasmi dan laporan media sosial berkaitan pertukaran hak milik kenderaan yang didakwa berlaku tanpa pengetahuan pemilik berdaftar.

Menurut JPJ, isu berkenaan dipandang serius kerana melibatkan aspek keselamatan dan integriti rekod pendaftaran kenderaan dalam sistem jabatan.

Sehubungan itu, semua urusan tukar hak milik bagi kategori persendirian individu dan persendirian syarikat perlu dilaksanakan di kaunter Pejabat JPJ bermula tarikh tersebut.

Bagi kategori persendirian individu, urusan tukar hak milik masih boleh diselesaikan pada hari yang sama di semua Pejabat JPJ negeri dan cawangan.

Sementara itu, bagi kategori persendirian syarikat, proses pengesahan dan kelulusan dijangka mengambil masa antara lima hingga tujuh hari bekerja selepas dokumen lengkap diserahkan.

JPJ turut memaklumkan bahawa melalui saluran eAuto, hanya Sistem Tukar Hak Milik Sementara (STMS) masih beroperasi seperti biasa, manakala sistem eSerahan Tukar Milik (eSTM) ditangguhkan sementara.

Maka, mana-mana syarikat kenderaan terpakai yang hendak melaksanakan sSTM perlu mengemukakan permohonan di Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan.

JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menyemak dan mengemas kini maklumat kenderaan masing-masing bagi memastikan keselamatan rekod pendaftaran terus terpelihara.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • JPJ Lancar Aplikasi Lelong Kenderaan Sita
  • JPJ Aktifkan 375 Unit Kamera Pintar, Mampu Kesan Pelbagai Kesalahan Di Jalan Raya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY