Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPJ Aktifkan 375 Unit Kamera Pintar, Mampu Kesan Pelbagai Kesalahan Di Jalan Raya

JPJ Aktifkan 375 Unit Kamera Pintar, Mampu Kesan Pelbagai Kesalahan Di Jalan Raya

Diterbitkan Mei 15, 2026 ยท Dikemas kini Mei 15, 2026 oleh ariff bukhari

Pengguna jalan raya kini pastinya akan lebih berhati-hati jika mahu melanggar peraturan jalan raya.

Ia selepas Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kini mula mengaktifkan sistem kamera pintar menerusi Projek Penguatkuasaan Bersepadu Automated Number Plate Recognition (P-B ANPR).

Projek selama 36 bulan itu melibatkan penggunaan 375 unit kamera ANPR, 1,000 unit peranti SmED serta pembangunan sebuah pusat kawalan di Cyberjaya.

JPJ Aktifkan 375 Unit Kamera Pintar, Mampu Kesan Pelbagai Kesalahan Di Jalan Raya
JPJ Aktifkan 375 Unit Kamera Pintar, Mampu Kesan Pelbagai Kesalahan Di Jalan Raya

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, sistem berkenaan mampu mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas secara automatik termasuk melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM), insurans, Vehicle Entry Permit (VEP), Road Charge serta kesalahan penggunaan telefon bimbit, melanggar lampu isyarat merah dan penyalahgunaan lorong kecemasan.

Menerusi projek ini, JPJ dapat mempertingkat kecekapan, ketepatan dan integriti sistem penguatkuasaan jalan raya negara serta terus memperkukuh agenda transformasi digital penguatkuasaan negara.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Aplikasi MyJPJ Kini Berwajah Baru - Lebih Moden, Mesra Pengguna
  • Pelaksanaan Penuh Log Masuk Tunggal MyJPJ Guna MyDigital ID Berkuat Kuasa 1 Mei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY