Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem mySIKAP JPJ Akan Tergendala Sementara Pada 9-10 Mac

JPJ Tambah Lokasi Pemasangan Tag RFID VEP

Diterbitkan September 20, 2024 ยท Dikemas kini September 20, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti diumumkan pada Mei lalu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mula melaksanakan penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Oktober 2024.

Selaras dengan pelaksanaan itu, dua lokasi fasiliti tambahan akan diwujudkan bagi memudahkan pemilik kenderaan Singapura membuat pemasangan tag RFID VEP, mulai 22 September 2024.

Fasiliti tambahan Tag RFID VEP

Ketika ini, lokasi pemasangan tag RFID VEP adalah hanya di VEP Collection Center (VCC), Danga Bay, Johor Bahru dengan kapasiti sebanyak 300 kenderaan sehari. Dengan pertambahan dua lokasi baharu, ia akan meningkatkan jumlah pemasangan tag kepada 1,500 kapasiti sehari.

Lanjutan itu, JPJ menyeru kepada semua pemilik kenderaan motor asing untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa memasuki dan keluar dari Malaysia kelak.

Perlu diingatkan bahawa pelaksanaan penguatkuasaan ini adalah selaras dengan Subseksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana menjadi kesalahan jika mana-mana orang memandu kenderaan motor asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada di dalam Malaysia.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut berkenaan tag RFID VEP, layari portal rasmi https://vep.jpj.gov.my/.

Berkaitan

  • Kenderaan Asing Dari Singapura Masuk Malaysia Wajib Pasang Tag VEP Bermula Oktober
  • Peralihan Lesen Kelas B1 Dan B2 Kepada "B Full", Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Motosikal Baharu 150cc Ke Atas Perlu Dilengkapi ABS Mulai Tahun Depan
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY