Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthony Loke_Kementerian Pengangkutan

Kenderaan Asing Dari Singapura Masuk Malaysia Wajib Pasang Tag VEP Bermula Oktober

Diterbitkan Mei 29, 2024 · Dikemas kini Mei 29, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menguatkuasakan Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura, bermula 1 Oktober 2024.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Kerajaan Tiada Perancangan Wajibkan Pasang 'Dashcam' - Loke

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata penguatkuasaan itu membabitkan pemilik kenderaan asing dari Singapura yang merentasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor serta Kompleks CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Beliau berkata setakat ini lebih 200,000 kenderaan asing telah mendaftar dalam sistem. Sementara kenderaan yang belum melengkapkan proses pemasangan dan pengaktifan tag VEP boleh berbuat demikian sebelum tarikh penguatkuasaan.

Setelah melengkapkan semua proses pendaftaran di portal VEP, pemilik kenderaan akan diberi pilihan sama ada menerima tag berkenaan secara pos (yang akan dihantar ke alamat pilihan pemilik) atau mengambilnya sendiri di Pusat Kutipan Tag RFID VEP (VCC) di Johor Bahru, Johor.

Dalam perkembangan sama, kerajaan juga merancang untuk memperluas peraturan caj jalan (RC) dan VEP fasa dua di sempadan darat Malaysia-Thailand.

Sehubungan itu, MOT mempelawa mana-mana pihak berminat dan berkelayakan untuk mengemukakan cadangan bagi membangun serta mengoperasi sistem itu bagi pihak JPJ.

Berbalik kepada konteks, kenderaan motor asing tanpa VEP boleh dianggap melakukan kesalahan selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan kompaun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan mengikut Seksyen 119 (2) di bawah Akta 333.

Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga mempunyai kuasa melarang mana-mana kenderaan asing yang tidak mempunyai VEP untuk masuk dan keluar dari negara ini.

Sumber: MOT, Anthony Loke
Rujukan: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY