Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ahmad Zahid

Motosikal Baharu 150cc Ke Atas Perlu Dilengkapi ABS Mulai Tahun Depan

Diterbitkan September 2, 2024 · Dikemas kini September 2, 2024 oleh Amalina Athman

Semua motosikal baharu berkapasiti enjin 150cc ke atas perlu dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), bermula Januari 2025.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan langkah itu bertujuan untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Malaysia Mengenai Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan Lalu Lintas berkata malah berdasarkan kepada laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ABS boleh mengurangkan kematian dalam kalangan penunggang motosikal sebanyak 31% semasa kemalangan.

Tambahnya lagi, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah melaksanakan Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) terhadap 28 model daripada tujuh syarikat motosikal.

Ahmad Zahid juga mencadangkan supaya skop MyMAP diperluaskan ke luar Malaysia untuk merangkumi rantau ASEAN atau Asia, bagi meningkatkan keselamatan motosikal di seluruh dunia.

Dengan ini kita boleh tahu motosikal dari syarikat mana yang lebih selamat dan mana yang sebaliknya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak jawatankuasa telah mencadangkan penurunan had laju di zon sekolah daripada 40km/j kepada 30km/j.

Berkaitan

  • Pemilik Dron Kelak Perlu Daftar, Mohon Kelulusan Penerbangan Dengan CAAM
  • Peralihan Lesen Kelas B1 Dan B2 Kepada "B Full", Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • JPJ Ganti Kamera AwAS Baharu Secara Berfasa
  • Aplikasi MyJPJ Rekod Lebih RM28 Juta Transaksi Dalam Tempoh Sebulan

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Facebook Zahid Hamidi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY