Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem mySIKAP JPJ Akan Tergendala Sementara Pada 9-10 Mac

JPJ Perkenal Sistem Batal Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian

Diterbitkan Mac 21, 2024 · Dikemas kini Mac 21, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor Secara Dalam Talian (e-Dereg) sebagai usaha menangani isu lambakan kenderaan terbiar di kawasan perumahan.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Cara 'Renew' Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • JPJ Perkenal Sistem Ujian Memandu Tanpa Pegawai Dalam Kenderaan Bermula April

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata sistem e-Dereg akan membolehkan mana-mana pemilik yang berhasrat melupuskan kenderaan motor melengkapkan proses pembatalan pendaftaran kenderaan itu secara dalam talian dalam tempoh kurang sejam, tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ lagi.

Bagaimanapun, bagi memastikan kenderaan motor dilupuskan secara sistematik dan mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), beliau berkata pelupusan kenderaan melalui sistem ini hanya dibenar dilaksanakan di mana-mana Fasiliti Rawatan Automotif Berlesen (AATF) yang dilesenkan JAS sahaja.

Tambahnya, tindakan menjual kenderaan terbiar di kedai besi buruk hanya akan menimbulkan risiko apabila pendaftaran kenderaan tidak dikeluarkan daripada sistem JPJ.

Dengan sistem ini, pihaknya dapat memberikan jaminan kepada pemilik asal supaya tidak perlu bimbang dengan liabiliti memandangkan kenderaan itu sudah dinyahdaftar daripada JPJ.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY