Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPJ Perkenal Sistem Ujian Memandu Tanpa Pegawai Dalam Kenderaan Bermula April

JPJ Perkenal Sistem Ujian Memandu Tanpa Pegawai Dalam Kenderaan Bermula April

Diterbitkan Mac 5, 2024 ยท Dikemas kini Mac 6, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting), bermula April 2024.

Berkaitan

  • Ini Cara Kongsi Dan Terima 'Road Tax' Digital Di Aplikasi MyJPJ
  • Telefon "Mati" Tak Dapat Tunjuk Lesen Dan 'Road Tax Digital', Ini Jawapan JPJ
  • Cara 'Renew' Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pelaksanaan sistem itu akan membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai JPJ di dalam kenderaan. Sementara itu, prestasi calon akan diukur dengan menggunakan alat pengesan dan kamera.

Keputusan akan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian.

Pembangunan sistem eTesting diumumkan pada 2022 dan JPJ sebelum ini telah mula menguji sistem berkenaan dalam projek fasa perintis di beberapa institut memandu.

Buat masa ini, calon-calon ujian memandu diberi pilihan sama ada menjalani ujian biasa atau eTesting, sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya pada 2030.

Percubaan kali kedua pada hari sama tanpa kos tambahan

Walaupun institut memandu boleh mengenakan caj maksimum RM100, namun calon yang memilih untuk menggunakan pengujian secara eTesting akan menerima beberapa manfaat. Antaranya termasuk boleh membuat percubaan kali kedua bagi setiap elemen ujian yang gagal pada hari yang sama, tanpa sebarang kos tambahan.

Calon hanya perlu membuat ujian ulangan melibatkan elemen yang gagal sahaja tanpa perlu mengulangi keseluruhan elemen ujian Bahagian II (seperti pelaksanaan ujian secara manual). Selain itu, calon akan diberi keutamaan dalam senarai tempahan ujian dan rebat RM10 bagi pengeluaran Lesen Percubaan.

Dalam pada itu, kerajaan juga akan mula membenarkan institut memandu membuka pusat ujian bagi mengendalikan ujian undang-undang berkomputer di premis masing-masing, dengan permohonan akan dibuka bermula April ini.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: JPJ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY