Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

Cara ‘Renew’ Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ

Diterbitkan Februari 7, 2024 · Dikemas kini Februari 8, 2024 oleh Amalina Athman

Bermula 1 Februari 2024, orang ramai sudah boleh memperbaharui lesen memandu (LMM) melalui aplikasi MyJPJ. Kerajaan turut memberikan rebat sebanyak RM5 bagi pembaharuan tanpa cetakan fizikal, iaitu dengan mod digital atau e-LMM.

Berkaitan

  • Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital
  • Rebat RM5 Untuk Pembaharuan Lesen Memandu Tanpa Cetakan Fizikal

Berikut disediakan cara mudah untuk pembaharuan lesen memandu di aplikasi MyJPJ. Sebelum itu, pastikan anda sudah memuat turun aplikasi MyJPJ melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery serta telah mendaftar dan log masuk terlebih dahulu.

Cara ‘renew’ lesen di aplikasi MyJPJ

1. Buka aplikasi MyJPJ dan klik “Pembaharuan Lesen Memandu” di bahagian Pelesenan Pemandu. 

2. Pilih “Jenis Lesen” serta “Tempoh”. Tandakan “Ya” untuk pilihan pembaharuan tanpa cetakan fizikal atau tanda “Tidak” untuk dapatkan Slip Pembaharuan LMM.

renew MYJPJ_4

3. Pilih cara bayaran “Kad Debit/Kad Kredit” dan klik “Bayar”. Tekan “Ya” untuk teruskan pembayaran.

4. Kemudian isi maklumat pembayaran seperti nombor kad, nama, tarikh luput kad, kod keselamatan CVV/CVC dan tekan “Proceed”.

renew MYJPJ_1

Selesai. Itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY