Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jabatan perlindungan data peribadi_maxis khairul aming3

JPDP Siasat Penzahiran Data Peribadi Pelanggan Maxis Tanpa Kebenaran

Diterbitkan Julai 22, 2026 ยท Dikemas kini Julai 22, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden penzahiran data peribadi pelanggan Maxis tanpa kebenaran yang tular di media sosial.

Dalam kenyataan hari ini, JPDP memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Prinsip-Prinsip Perlindungan Data Peribadi serta Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), yang melibatkan kesalahan berkaitan pengumpulan atau penzahiran data peribadi secara menyalahi undang-undang.

Sekiranya didapati berlaku ketidakpatuhan terhadap Akta 709, tindakan penguatkuasaan akan diambil.

Dalam pada itu, JPDP mengingatkan semua pengawal data supaya mematuhi tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi dengan memastikan data pelanggan dilindungi daripada akses atau penzahiran tanpa kebenaran.

Agensi itu turut menegaskan pengawal data perlu terus memperkukuh langkah keselamatan teknikal dan organisasi, serta memastikan infrastruktur penyimpanan data serta sistem rangkaian berada pada tahap keselamatan yang sewajarnya.

Terdahulu, isu keselamatan data pelanggan Maxis menjadi perhatian selepas pempengaruh terkenal Khairul Aming mempersoalkan bagaimana butiran bil telefon Maxis miliknya boleh diketahui dan dikongsikan secara terbuka di media sosial, sekali gus membangkitkan kebimbangan mengenai pendedahan data peribadinya.

Susulan insiden itu, Maxis dalam kenyataan semalam memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian tersebut merupakan kes terpencil yang berpunca daripada tindakan tanpa kebenaran. Syarikat itu turut mengesahkan individu yang dikaitkan dengan insiden berkenaan telah dikenal pasti dan tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang, sedang diambil.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Maxis Siasat Insiden Pendedahan Butiran Akaun Pelanggan, Dakwa Libatkan Tindakan Tanpa Kebenaran
  • Threads Bakal Dilengkapi Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • MDEC Dalam Proses Batal Status Malaysia Digital Terhadap Pengendali Network School

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
©2026 WISER.MY