Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Qi2 Pixelsnap_

Jawapan Kepada ‘MagSafe’, Google Perkenal Pixelsnap

Diterbitkan Ogos 21, 2025 · Dikemas kini Ogos 21, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan “MagSafe” versinya sendiri, Pixelsnap, yang membolehkan aksesori magnetik itu berfungsi dengan lancar pada siri Pixel 10.

Pengumuman ini dibuat hampir lima tahun selepas Apple memperkenalkan pelbagai aksesori magnetik melalui pelancaran iPhone 12 pada 2020.

Snap to it. Literally.#Pixelsnap is our new magnetic technology which is built into every #Pixel10 phone, so you can snap on chargers, stands, wallets, and all kinds of other stuff¹ 🫰 #MadeByGoogle pic.twitter.com/cEMIlTmULk

— Made by Google (@madebygoogle) August 20, 2025

Dengan Pixelsnap Charger, ia menyokong pengecasan wayarles yang boleh digunakan sendiri atau berserta penyangga (stand).

Jawapan Kepada ‘MagSafe’, Google Perkenal Pixelsnap
Jawapan Kepada ‘MagSafe’, Google Perkenal Pixelsnap
Jawapan Kepada ‘MagSafe’, Google Perkenal Pixelsnap

Aksesori paling ringkas ialah Pixelsnap Ring Stand, yang dipasang pada belakang telefon dan juga boleh ditarik untuk fungsi sama.

Jawapan Kepada ‘MagSafe’, Google Perkenal Pixelsnap

Semua peranti Pixel baharu serasi dengan standard pengecasan wayarles Qi2. Pixel 10 Pro XL menyokong pengecasan wayarles sehingga 25W, manakala peranti lain seperti Pixel 10, 10 Pro, dan 10 Pro Fold menyokong pengecasan wayarles sehingga 15W.

Selain itu, Google turut memperkenalkan sarung Pixelsnap yang membolehkan pengguna mengecas atau melekatkan aksesori yang serasi tanpa perlu menanggalkannya.

Warna sarung untuk Pixel 10 dan 10 Pro ialah Moonstone, Jade, Obsidian, Porcelain, Indigo, Frost, dan Lemongrass.

Jawapan Kepada ‘MagSafe’, Google Perkenal Pixelsnap
Jawapan Kepada ‘MagSafe’, Google Perkenal Pixelsnap
Jawapan Kepada ‘MagSafe’, Google Perkenal Pixelsnap

Pixel 10 Pro XL ditawarkan dalam Moonstone, Jade, Obsidian, dan Porcelain, manakala Pixel 10 Pro Fold hadir dalam pilihan Moonstone, Jade, dan Obsidian.

Harga aksesori PixelSnap ditawarkan antara $29.99 hingga $69.99, bergantung pada jenis aksesori. Buat masa ini, harga untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Siri Pixel 10 Rasmi: Kamera 48MP Dengan Ciri Pixelsnap, Harga Dari RM3,999
  • Pixel 10 Pro Fold Sah Masuk Malaysia, Harga Dari RM7,999
  • Pixel 10 Tampilkan Sejumlah Ciri AI Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY