Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
diablo immortal kaya

Baru 2 Minggu Pelancaran, Diablo Immortal Kutip Lebih RM100 Juta

Diterbitkan Jun 20, 2022 oleh Firdaus

Blizzard Entertainment telah melancarkan Diablo Immortal pada 2 Jun lalu dan menyokong permainan rentas platform (cross-platform). Di samping itu, permainan video ini telah dimuat turun hampir 9 juta kali sejak pelancarannya.

Tambahan lagi, Diablo Immortal telah memperolehi lebih USD24 million (~RM100 juta) dalam tempoh 2 minggu sejak Blizzard melancarkannya di peringkat global.

Justeru, ini menjadikan Diablo Immortal satu-satunya permainan video Blizzard yang mampu menjana pulangan sebanyak ini selepas Hearthstone.

diablo immortal

Selain itu, lebih 2/5 daripada wang yang dibelanjakan dalam permainan ini datangnya daripada pemain di Amerika Syarikat. Sementara itu, pemain-pemain daripada AS hanya mewakili 1/4 daripada jumlah keseluruhan muat turun permainan ini.

Kutipan sebanyak itu adalah satu perkara yang amat besar bagi sebuah permainan baharu yang tidak sampai sebulan sejak pelancarannya.

Diablo Immortal – Hampir Setengah Juta Diperlukan Untuk Memaksimumkan 1 Karakter

Walaupun begitu, melihat ciri mikrotransaksinya yang rakus daripada Blizzard dalam permainan ini, tidak mustahil untuk Diablo Immortal membuat kutipan sebanyak itu malahan mampu lebih dalam masa akan datang.

Buat masa ini, Diablo Immortal belum dilancarkan di kawasan Asia Tenggara. Hal ini demikian, Blizzard terpaksa menangguhkan tarikh pelancarannya pada 8 Julai depan berbanding 22 Jun ini yang sepatutnya.

Sumber: pcmag

  • Pelancaran Diablo Immortal Di Malaysia Ditangguh, Tapi Ada Hadiah Sebagai Ganti
  • Diablo Immortal – Hampir Setengah Juta Diperlukan Untuk Memaksimumkan 1 Karakter
  • Apple Terhimpit, USB-C Mungkin Jadi Mandatori Di AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY