Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Diablo immortal oh yeah

Pelancaran Diablo Immortal Di Malaysia Ditangguh, Tapi Ada Hadiah Sebagai Ganti

Diterbitkan Jun 20, 2022 oleh Firdaus

Permainan baharu daripada Blizzard Entertainment, Diablo Immortal telahpun dilancarkan pada awal Jun lalu untuk komuniti global. Selain itu, Blizzard merancang untuk melancarkan permainan ini di kawasan Asia Tenggara pada 22 Jun ini.

Walau bagaimanapun, pihak Blizzard terpaksa menangguhkan pelancaran Diablo Immortal untuk kawasan SEA kepada 8 Julai depan. Keputusan ini dibuat untuk Blizzard mengoptimumkan prestasi Diablo Immortal.

Oleh itu, pengguna dapat merasai pengalaman bermain Diablo Immortal dengan kecekapan dan kelancaran seperti yang  diharapkan Blizzard. Antara ciri-ciri yang sedang diusahakan Blizzard akibat penangguhan ini adalah seperti berikut:

  • Penambahbaikan kepada pakej binaan awal.
  • Mengoptimumkan prestasi dalam peranti Android.
  • Menambahbaikan pengalaman permainan di PC.
  • Mengoptimumkan prestasi dan sambungan rangkaian.

Blizzard juga telah mengambil keputusan untuk memberi pampasan daripada penangguhan ini dengan memberikan setiap pemain di SEA pakej hadiah.

Pakej tersebut terdiri daripada satu barangan Legendary Gear, 100 Scrap Materials, dan 10 Enchanted Dust. Pemain boleh mendapatkan pakej ini dalam Diablo Immortal selepas mencipta karakter mereka pada 8 Julai depan.

Sumber: Siaran Akhbar Blizzard

Baca juga:

  • Diablo Immortal Dilancarkan Untuk iOS, Android Dan PC – Sokong ‘Cross-Platform’
  • Diablo Immortal – Hampir Setengah Juta Diperlukan Untuk Memaksimumkan 1 Karakter
  • Pertama Kali Sejak Disember 2020, Nilai Bitcoin Berada Diparas Bahaya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY