Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jadi ‘Fenomena’, Baidu Juga Dilapor Mahu Lancar Aplikasi Seakan ChatGPT

Jadi ‘Fenomena’, Baidu Juga Dilapor Mahu Lancar Aplikasi Seakan ChatGPT

Diterbitkan Januari 30, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak kehadiran program kecerdasan buatan (AI) ChatGPT yang dibangunkan oleh OpenAI, kebanyakan gergasi teknologi lain mula tidak senang duduk. Manakan tidak, kelebihan yang ada pada ChatGPT untuk memberikan jawapan yang mudah dan pantas bagi setiap soalan, membuatkan popularitinya semakin meningkat naik.

Terbaharu, gergasi teknologi China Baidu, dilapor merancang untuk melancarkan perkhidmatan chatbot AI seumpama ChatGPT pada Mac nanti.

Berkaitan

  • Sekolah-Sekolah Di New York Sekat Akses Terhadap ChatGPT
  • Microsoft Dilapor Mahu Labur Lebih RM43.7 Bilion Untuk Pembangun ChatGPT
  • OpenAI Rancang Untuk Perkenal ChatGPT Versi Berbayar
  • ChatGPT Buat Google Dan Meta Pening Kepala 'Tak Keruan'

Menurut sumber, Baidu merancang untuk melancarkan perkhidmatan itu sebagai aplikasi kendiri (standalone) dan secara beransur-ansur menggabungkannya ke dalam enjin carian.

Ketika ini, chatbot di China menumpukan pada interaksi sosial manakala ChatGPT berprestasi lebih baik pada tugas yang lebih profesional, seperti pengaturcaraan serta penulisan karangan dan sebagainya.

Dalam pada itu, Baidu juga dikatakan bercadang untuk memasukkan hasil yang dijana chatbot apabila pengguna membuat carian, dan tidak terhad kepada pautan sahaja.

Buat masa ini, Baidu tidak memberikan sebarang ulasan berhubung laporan itu.

Sumber: Reuters via Yahoo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY