Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Forbes ChatGPT Microsoft

Microsoft Dilapor Mahu Labur Lebih RM43.7 Bilion Untuk Pembangun ChatGPT

Diterbitkan Januari 11, 2023 ยท Dikemas kini Januari 11, 2023 oleh Amalina Athman

Microsoft kini dilaporkan dalam perbincangan untuk melabur $10 bilion (~RM43.7 bilion) dengan OpenAI, iaitu syarikat di sebalik kecerdasan buatan ChatGPT.

Berkaitan

  • Bakal Saingi Canva, Microsoft Designer Mampu Cipta Imej Melalui Teks Dimasukkan Pengguna
  • Sekolah-Sekolah Di New York Sekat Akses Terhadap ChatGPT

Memetik laporan Semafor, pembiayaan itu akan menilai OpenAI pada $29 bilion (~RM126.8 bilion) termasuk pelaburan baharu. Microsoft dikatakan akan menerima 75% daripada keuntungan OpenAI sehingga ia mendapat balik pelaburannya. Setelah mencapainya, Microsoft akan mempunyai 49% pegangan dalam syarikat itu.

Masih belum jelas sama ada perjanjian itu telah dimuktamadkan. Namun, dokumen yang dihantar kepada bakal pelabur dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang menggariskan syaratnya, telah menunjukkan penutupan yang disasarkan menjelang akhir 2022.

Ketika ini, Microsoft dan OpenAI masing-masing enggan memberikan sebarang ulasan berhubung laporan itu.

Terdahulu, OpenAI telah membangunkan ChatGPT, iaitu sebuah program kecerdasan buatan (AI) yang mampu memberikan jawapan pada soalan yang diajukan pengguna. Sejak diperkenalkan pada November, ChatGPT telah tular kerana ia disediakan pada orang awam dengan sesiapa sahaja boleh menggunakannya secara percuma. Di New York, Jabatan Pendidikan telah menyekat peranti dan rangkaian sekolah daripada mengakses ChatGPT.

Sumber: Semafor

Gambar utama: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY