Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT versi pro

OpenAI Rancang Untuk Perkenal ChatGPT Versi Berbayar

Diterbitkan Januari 12, 2023 · Dikemas kini Januari 12, 2023 oleh Amalina Athman

OpenAI kini mengumumkan pihaknya merancang untuk memperkenalkan versi berbayar bagi chatbot popular yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI), iaitu ChatGPT.

Berkaitan

  • Sekolah-Sekolah Di New York Sekat Akses Terhadap ChatGPT
  • Microsoft Dilapor Mahu Labur Lebih RM43.7 Bilion Untuk Pembangun ChatGPT

Melalui pengumuman di Discord, OpenAI menyatakan versi berbayar atau dipanggil sebagai ChatGPT Professional akan menjadi lebih pantas dan dipercayai. Antara manfaat yang bakal diperoleh melalui chatbot versi berbayar itu termasuk sentiasa tersedia, respons yang lebih pantas daripada ChatGPT sedia ada dan sebagainya.

OpenAI mengatakan bahawa mereka yang mengisi borang senarai menunggu (waitlist) boleh dipilih untuk menjadi perintis ChatGPT Professional, tetapi program itu masih dalam peringkat percubaan awal dan tertakluk kepada perubahan serta masih tidak tersedia kepada umum buat masa ini.

Harus juga diketahui, pengumuman ini bukanlah pengesahan rasmi ChatGPT Professional. Butiran lanjut, termasuk harga, masih belum didedahkan.

Bagi yang belum tahu, ChatGPT merupakan sebuah program kecerdasan buatan (AI) yang disediakan pada umum secara percuma. Chatbot ini mampu memberikan jawapan pada soalan yang diajukan oleh pengguna, termasuk menghasilkan karangan dalam format yang lengkap serta menyelesaikan masalah matematik.

Sumber: Search Engine Journal

Gambar utama: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY