Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JOM Tanya KIRA_1

Jabatan Kastam Kini Ada Chatbot KIRA, ‘Live Chat’ Untuk Pertanyaan Orang Awam

Diterbitkan Ogos 18, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 18, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini menyediakan kemudahan chatbot dan live chat melalui portal rasminya bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan kastam.

Kemudahan ini mula tersedia pada 17 Ogos 2026, membolehkan orang awam mendapatkan maklumat serta mengemukakan pertanyaan kepada JKDM dengan lebih mudah dan cepat.

Jabatan Kastam Kini Ada Chatbot KIRA, ‘Live Chat’ Untuk Pertanyaan Orang Awam

Melalui portal JKDM, pengguna boleh berinteraksi dengan KIRA (Kastam Interaktif & Rujukan Awam), iaitu chatbot yang boleh digunakan untuk mendapatkan jawapan berkaitan beberapa topik perkhidmatan JKDM.

Antara topik yang tersedia termasuk Soalan Lazim Kastam, Soalan Lazim Eksais & Levi, Soalan Lazim SST serta Soalan Lazim Cukai Pelancongan.

Sekiranya pertanyaan memerlukan penjelasan lanjut secara langsung, pengguna boleh memilih pilihan “Chat dengan Pegawai” untuk berhubung terus dengan pegawai maya kastam JKDM melalui portal tersebut.

Kedua-dua kemudahan ini boleh diakses melalui Portal Rasmi JKDM di www.customs.gov.my.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MyNIISe Akan Dilaksana Sepenuhnya September Ini - Saifuddin Nasution
  • KLIA Terminal 1 Naik Taraf Kemudahan E-Hailing, Kenderaan Kini Dikenakan Caj Masuk RM3
  • JIM Henti Pengeluaran Pasport Lebih 10 Tahun Serta-Merta, Ganti Percuma Pasport Terjejas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY