Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
E-Hailing Lounge KLIA 1

KLIA Terminal 1 Naik Taraf Kemudahan E-Hailing, Kenderaan Kini Dikenakan Caj Masuk RM3

Diterbitkan Ogos 5, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh Amalina Athman

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1 memperkenalkan beberapa penambahbaikan bagi kemudahan pengambilan penumpang e-hailing menerusi kemudahan digital baharu dan penambahbaikan operasi yang bertujuan menjadikan proses pengambilan lebih lancar, teratur dan cekap.

Bermula 4 Ogos 2026, penumpang yang menggunakan perkhidmatan e-hailing di Aras 1, Bangunan Terminal Utama akan menikmati beberapa kemudahan baharu. Antaranya termasuk sistem Pengecaman Plat Nombor (LPR) yang diintegrasikan dengan Passenger Information Display System (PIDS), kiosk layan diri, ruang menunggu khas, petak pengambilan yang lebih tersusun serta petugas di lokasi bagi membantu penumpang dan melancarkan aliran trafik.

Menurut Malaysia Airports, inisiatif ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan kepada penumpang, mengoptimumkan pergerakan trafik serta menambah baik kecekapan operasi. Ia dibangunkan hasil sesi libat urus bersama pengendali e-hailing bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), selaras dengan syor National Airport Facilitation Working Committee (NAFWC).

Sistem yang dipertingkat itu juga akan mengukuhkan pemantauan dan kawalan akses bagi membantu membendung aktiviti e-hailing haram, serta memastikan hanya kenderaan e-hailing yang dibenarkan menggunakan kawasan pengambilan penumpang yang disediakan.

Seiring pelaksanaan kemudahan baharu ini, setiap kenderaan e-hailing yang memasuki kawasan pengambilan penumpang di Aras 1, Bangunan Terminal Utama, KLIA Terminal 1 akan dikenakan caj masuk RM3 bermula 4 Ogos 2026. Malaysia Airports berkata caj tersebut diperkenalkan bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan kemudahan serta sistem yang ditambah baik.

Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan operasi, setiap kenderaan e-hailing masih diberikan tempoh maksimum 10 minit di kawasan pengambilan penumpang di tepi jalan.

Kenderaan yang melebihi tempoh itu akan dikenakan caj penalti, yang membantu memastikan aliran trafik lebih lancar, petak pengambilan sentiasa tersedia dan proses pengambilan penumpang berjalan dengan lebih cekap.

Berkaitan

  • Penguatkuasaan Penuh Sistem Akses Kenderaan Di KLIA Bermula Hari Ini
  • Had Masa 10 Minit, Ini Perlu Diketahui Mengenai Sistem Akses Kenderaan Di KLIA
  • KLIA Terminal 2 Bakal Tempatkan Stesen Pengecas EV Ultra Pantas Pertama Di Lapangan Terbang Malaysia
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY