Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G malaysia__

Isu Kontrak TM-DNB Tidak Jejas Sasaran Liputan 5G Negara – Fahmi

Diterbitkan Mac 4, 2026 ยท Dikemas kini Mac 4, 2026 oleh Amalina Athman

Pertikaian berhubung penamatan kontrak antara Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Digital Nasional Berhad (DNB) adalah isu kontrak komersial antara dua pihak dan tidak menjejaskan sasaran kerajaan untuk mencapai 95% liputan 5G di kawasan berpenduduk.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata dari segi objektif pelaksanaan rangkaian 5G, kerajaan telah mencapai kadar liputan 80% yang membolehkan rangkaian kedua diwujudkan selaras dengan peralihan kepada model dwi-rangkaian.

Menurutnya, perkara itu melibatkan pertikaian kontrak komersial antara kedua-dua syarikat yang juga merupakan pemegang lesen di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Kita tidak melihat isu antara dua pihak ini (TM dan DNB) akan menjejaskan pelaksanaan ke tahap 95% bagi rangkaian 5G dalam masa akan datang. Saya berharap kedua-dua pihak dapat duduk untuk meneliti isu-isu yang dihadapi dan dapat diuruskan dengan baik,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Semalam, TM menjelaskan pihak telah melaksanakan hak kontraktual mengikut Perjanjian Akses 5G dengan mematuhi sepenuhnya syarat khusus mengenai penamatan awal serta keperluan yang berkaitan dengan model dwi-rangkaian 5G.

Syarikat telekomunikasi itu menegaskan notis penamatan tersebut adalah sah dan mengekalkan speenuhnya segala haknya.

Sebelum itu, DNB telah menolak notis yang dikeluarkan TM untuk menamatkan perjanjian 5G, dengan menyatakan kontrak jangka panjang itu masih sah sehingga Oktober 2032.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • TM Tamatkan Kontrak Borong 5G Dengan DNB
  • DNB Tolak Notis TM Untuk Tamatkan Perjanjian Akses Rangkaian 5G
  • Notis Penamatan Perjanjian Akses 5G Dengan DNB Sah - TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY