Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Turut Batalkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

Notis Penamatan Perjanjian Akses 5G Dengan DNB Sah – TM

Diterbitkan Mac 3, 2026 · Dikemas kini Mac 3, 2026 oleh Amalina Athman

Telekom Malaysia Bhd (TM) menegaskan notis penamatan berhubung perjanjian sedia ada Akses Rangkaian Borong 5G (Access Agreement, AA) dengan Digital Nasional Berhad (DNB) adalah sah dan mengekalkan semua haknya.

Memetik laporan Bernama, TM berkata pihaknya telah melaksanakan hak kontraktual di bawah perjanjian itu dengan memenuhi syarat khusus penamatan awal perjanjian serta keperluan berkaitan model dwi rangkaian 5G.

“Keputusan ini dibuat selepas analisis menyeluruh terhadap semua hak dan obligasi undang-undang seperti yang diperuntukkan dalam AA. AA turut menyediakan mekanisme untuk menyelesaikan sebarang perbezaan tafsiran antara pihak, dan TM akan mengambil proses yang sewajarnya di bawah perjanjian tersebut,” kata TM dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat telekomunikasi itu menyatakan bahawa keutamaannya kekal untuk memastikan perkhidmatan kepada pelanggan tidak terganggu, sambil mengurus peralihan ini secara berperingkat dan teratur.

Pagi tadi, DNB dalam kenyataannya telah menolak notis TM untuk menamatkan perjanjian tersebut, dengan memaklumkan bahawa kontrak jangka panjang itu masih sah sehingga Oktober 2032 dan boleh dikuatkuasakan.

Menurut DNB, TM tidak melaksanakan haknya untuk penamatan awal mengikut syarat khusus perjanjian.

Berkaitan

  • U Mobile Akan Guna Gentian TM Untuk Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • U Mobile Ikat Kontrak Borong 5G Selama 3 Tahun Dengan TM
  • TM Tamatkan Kontrak Borong 5G Dengan DNB
  • DNB Tolak Notis TM Untuk Tamatkan Perjanjian Akses Rangkaian 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY