Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

DNB Tolak Notis TM Untuk Tamatkan Perjanjian Akses Rangkaian 5G

Diterbitkan Mac 3, 2026 · Dikemas kini Mac 3, 2026 oleh ariff bukhari

Digital Nasional Berhad (DNB) dalam satu kenyataan hari ini telah menolak notis Telekom Malaysia (TM) untuk menamatkan Perjanjian Akses Rangkaian 5G.

DNB menegaskan bahawa TM tidak memenuhi syarat penamatan awal seperti yang ditetapkan dalam perjanjian, yang sah sehingga Oktober 2032.

Oleh itu, perjanjian tersebut kekal sah, mengikat dan boleh dikuatkuasakan.

“DNB ingin menjelaskan bahawa TM tidak melaksanakan haknya untuk penamatan awal mengikut syarat-syarat khusus Perjanjian Akses. Atas dasar ini, DNB tidak menerima notis TM untuk menamatkan Perjanjian Akses.”

DNB menyatakan akan mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi kepentingannya serta mengekalkan hak di bawah undang-undang.

Pada masa sama, DNB komited memastikan perkhidmatan 5G negara terus stabil, boleh dipercayai dan selamat untuk semua pihak berkepentingan serta pengguna akhir.

Sebelum ini telah dilaporkan, Telekom Malaysia (TM) telah mengumumkan kerjasama baharu dengan U Mobile melalui perjanjian borong 5G Multi-Operator Core Network (MOCN).

Langkah itu dibuat selepas TM menamatkan kontrak borong 5G dengan Digital Nasional Berhad (DNB), selaras dengan kerangka dua rangkaian 5G yang diperkenalkan kerajaan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • U Mobile Ikat Kontrak Borong 5G Selama 3 Tahun Dengan TM
  • TM Tamatkan Kontrak Borong 5G Dengan DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY