Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb 5g

TM Tamatkan Kontrak Borong 5G Dengan DNB

Diterbitkan Februari 26, 2026 · Dikemas kini Februari 26, 2026 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia (TM) telah mengumumkan kerjasama baharu dengan U Mobile melalui perjanjian borong 5G Multi-Operator Core Network (MOCN).

TM dalam kenyataan rasmi menjelaskan, langkah ini diambil selepas TM menamatkan kontrak borong 5G dengan Digital Nasional Berhad (DNB), selaras dengan kerangka dua rangkaian 5G yang diperkenalkan kerajaan.

Ini bermakna, TM akan menggunakan rangkaian 5G U Mobile sepenuhnya.

TM menegaskan bahawa perkhidmatan mudah alih adalah komponen penting dalam strategi konvergensinya, yang merangkumi gabungan perkhidmatan tetap, mudah alih, kandungan dan penyelesaian pintar untuk pengguna, PKS serta perusahaan besar.

TM memberi jaminan bahawa pelanggan tidak akan mengalami gangguan sepanjang proses peralihan ini.

Dengan kerjasama baharu ini, TM menyatakan hasrat memperkukuh daya saing jangka panjang dan menyokong aspirasi menjadi “Digital Powerhouse” menjelang 2030, sekali gus menyumbang kepada ekonomi digital negara.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • U Mobile Ikat Kontrak Borong 5G Selama 3 Tahun Dengan TM
  • TM Global Dinobatkan Syarikat Telekomunikasi Terbaik Malaysia, Keuntungan Meningkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY