Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_21 Julai 2024

Isu Buli Siber, Beberapa Platform Media Sosial Akan Diambil Tindakan – Fahmi

Diterbitkan Julai 22, 2024 · Dikemas kini Julai 22, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi akan mengambil tindakan terhadap beberapa platform media sosial, susulan beberapa aspek buli siber yang berlaku sebelum ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pada pandangannya platform terbabit tidak begitu serius dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi rakyat Malaysia.

“Saya tidak rasa mereka mengambil kisah..jadi cukuplah. Kita akan hantar satu mesej yang sangat keras dan jelas kepada platform-platform ini. Nantikan.” Katanya kepada media

Fahmi berkata keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan dengan tiga kementerian lain iaitu Kementerian Digital, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Beliau juga memaklumkan kementerian tersebut bekerjasama untuk meneliti antara tiga hingga empat perkara.

Antaranya termasuk melibatkan undang-undang sedia ada, menggubal undang-undang baharu dan dari segi pelaksanaan undang-undang tersebut.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Kes Buli Siber, PM Sangat Tidak berpuas Hati - Fahmi
  • MCMC Dan PDRM Akan Teliti SOP Mudahkan Buat Aduan Buli Siber
  • Kerajaan Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Tangani Isu Buli Siber - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY