Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jepun

Kes Buli Siber, PM Sangat Tidak berpuas Hati – Fahmi

Diterbitkan Julai 12, 2024 · Dikemas kini Julai 12, 2024 oleh ariff bukhari

Pada sidang media petang tadi, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa sangat tidak berpuas hati dengan cara agensi-agensi terlibat dalam menangani isu buli siber.

Ekoran itu, PM telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk lebih tegas dalam mengambil tindakan terhadap jenayah buli siber.

Malah beliau mengakui bahawa, golongan ahli politik dan menteri turut berdepan dengan situasi buli siber dan penelitian terperinci perlu dijalankan kerana kebanyakannya datang dari akaun palsu.

“Saya percaya menteri berpandangan serupa, mungkin ramai mengalami dan menjadi mangsa. Mereka menderita dalam diam jadi kita cuba nak atasi masalah ini. Kementerian akan meneliti apa cara terbaik untuk kurangkan keberadaan akaun palsu yang digunakan dengan tujuan buli siber.”

Fahmi memaklumkan beliau telah berhubung dengan pengendali media sosial TikTok dan mereka telah bersedia memberi kerjasama dalam proses siasatan.

Berkaitan

  • Lapor Secara Terus, KPM Lancar Portal Aduan Buli
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
Sumber: Astro Awani, Kementerian Komunikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY