Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mcmc_featured image

MCMC Dan PDRM Akan Teliti SOP Mudahkan Buat Aduan Buli Siber

Diterbitkan Julai 15, 2024 · Dikemas kini Julai 15, 2024 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa mereka akan memperkukuhkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani isu buli siber.

Antaranya adalah dengan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.

MCMC juga memaklumkan, mereka bersama Kementerian Komunikasi merancang untuk menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara untuk menyebarkan mesej dan modul cegah buli siber di segenap lapisan rakyat.

MCMC juga menyambut baik pengumuman oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil yang dibuat minggu lalu bahawa Kerajaan akan meneliti pindaan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta mempertimbangkan keperluan untuk menggubal atau mewujudkan akta baharu dalam menangani isu buli siber.

Pindaan itu sekali gus akan membolehkan pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih efektif selain membawa mereka yang terlibat ke mahkamah sekaligus memberi pembelaan sewajarnya kepada mereka yang terkesan.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Kes Buli Siber, PM Sangat Tidak berpuas Hati - Fahmi

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY