Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Tangani Isu Buli Siber – Fahmi

Kerajaan Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Tangani Isu Buli Siber – Fahmi

Diterbitkan Julai 19, 2024 oleh Amalina Athman

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata jawatankuasa itu akan melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Digital dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi).

Beliau berkata jawatankuasa itu juga akan disokong pasukan khas melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, penubuhan jawatankuasa khas dan pasukan khas itu amat penting kerana berupaya menggunakan semua kepakaran yang ada terkait perkara berkenaan, merentasi kementerian dan agensi.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya pada masa sama terbuka dan mengalu-alukan kerjasama serta penglibatan kementerian lain dalam bersama menangani isu buli siber.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Kes Buli Siber, PM Sangat Tidak berpuas Hati - Fahmi
  • MCMC Dan PDRM Akan Teliti SOP Mudahkan Buat Aduan Buli Siber

Sumber: BERNAMA

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY