Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Iphone-SE 2016_1

iPhone SE Generasi Pertama Kini Dikategorikan Produk Usang

Diterbitkan Disember 2, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini menambah iPhone SE generasi pertama ke dalam senarai produk usang (obsolete), bermakna peranti ini tidak lagi layak untuk sebarang pembaikan, penggantian bateri atau perkhidmatan lain di Apple Store dan Pembekal Khidmat Sah Apple (AASP) di seluruh global.

iPhone SE first gen 2016_

Seperti kebiasaannya, produk Apple akan dianggap sebagai “usang” apabila syarikat itu menghentikan pengedarannya untuk jualan lebih daripada tujuh tahun.

Sebagai rujukan, iPhone SE generasi pertama dilancarkan pada Mac 2016. Rekaan peranti ini banyak berasaskan iPhone 5s, dengan spesifikasi utama termasuk skrin 4-inci, butang Home serta rangka aluminium.

Apple kemudiannya melancarkan model iPhone SE generasi kedua pada (2020) dan generasi ketiga (2022), dengan kedua-duanya menampilkan rekaan serupa iPhone 8. Pada Februari 2025, iPhone SE dihentikan sepenuhnya dan digantikan dengan iPhone 16e.

Berkaitan

  • Generasi Muda Di Malaysia Lebih Berminat Dengan iPhone SE
  • iPhone 16e Rasmi - Cip A18, Modem 5G Sendiri, Harga Bermula RM2,999
  • Dengan Kehadiran iPhone 16e, Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY