Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE_Apple Hub

Generasi Muda Di Malaysia Lebih Berminat Dengan iPhone SE

Diterbitkan Februari 19, 2025 · Dikemas kini Februari 19, 2025 oleh ariff bukhari

Dengan pelancaran iPhone SE baharu yang dinanti-nantikan, Carousell telah menganalisis trend carian di Malaysia untuk melihat bagaimana minat pengguna berkembang.

Data menunjukkan peningkatan ketara dalam carian iPhone SE, mencerminkan permintaan yang kukuh terhadap model ini dalam pasaran tempatan.

Menurut Carousell, Malaysia mencatatkan jumlah carian tertinggi bagi kata kunci “iPhone SE” dalam kalangan pasaran utama Carousell dari 1 Januari hingga 18 Februari 2025.

Ini menjadikannya antara telefon pintar yang paling dinantikan di negara ini.

Selepas pengumuman pelancaran iPhone SE baharu minggu ini, jumlah carian didapati meningkat sebanyak 23% secara mingguan.

Carousell juga mendedahkan terdapat perubahan ketara dalam kumpulan umur yang berminat dengan iPhone SE:

  • Peningkatan carian dalam kalangan pengguna berusia 18-24 tahun sebanyak 20% pada tahun 2024 berbanding 2023.
  • Pada tahun 2025, kumpulan ini mengatasi pengguna berusia 25-35 tahun, yang sebelum ini merupakan kumpulan pencari iPhone SE terbesar.
  • Pengguna muda lebih cenderung mencari model iPhone SE yang lebih lama dan mampu milik;
  • Manakala golongan berusia 55-64 tahun lebih berminat dengan model terkini seperti iPhone 15 dan 14 Pro.

Dengan trend carian yang semakin meningkat, iPhone SE baharu dijangka mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna Malaysia, terutamanya golongan muda yang mencari peranti berprestasi tinggi pada harga lebih rendah.

iPhone SE dijadualkan dilancar pada 20 Februari 2025.

Berkaitan

  • Imej Terbaru Dedahkan Kemungkinan Rekaan Sebenar iPhone SE 4
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Xiaomi Pengeluar Telefon Pintar No.1 Di Malaysia 2024 - Canalys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
©2026 WISER.MY