Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android vs iOS

Lebih 10% Pengguna Android Di AS Didapati Beralih Ke iPhone Setiap Tahun

Diterbitkan Februari 15, 2024 ยท Dikemas kini Februari 15, 2024 oleh ariff bukhari

Menurut laporan terbaru yang diterbitkan oleh Rakan Penyelidikan Perisikan Pengguna (CIRP), 13%pengguna Android di AS didapati telah beralih kepada iPhone.

Peratusan itu bagaimanapun sedikit menurun berbanding tahun 2022 yang merekodkan peratusan peralihan tertinggi pengguna Android “lari” kepada iPhone iaitu 15%.

Itulah titik tertinggi dalam tempoh lima tahun dengan yang terendah 11%.

CIRP berkata, sepanjang pemerhatian mereka dalam tempoh 5 tahun lalu, peratusan pembeli iPhone yang beralih daripada Android ke iPhone adalah antara 11-15%.

Tambahan lagi, CIRP juga mengatakan sebanyak 13% pembeli iPhone dilaporkan adalah dari pengguna Android pada tahun 2023.

Android user to iPhone

Jika melihat pada awal-awal kemunculan iPhone, Apple sememangnya menyasarkan pengguna Android. Disebabkan itu Apple menawarkan cara mudah untuk melakukan pemindahan data serta gambar di antara peranti Android dan iPhone.

Hasilnya, Apple juga dilihat cuba “memerangkap” pengguna dengan ekosistem mereka atau sering dikenali dengan “walled garden”.

Bagaimanapun, CIRP ada menyatakan bahawa pengguna iPhone jarang naik taraf ke model iPhone baharu dan perkara ini memainkan peranan amat penting dalam jualan iPhone secara keseluruhan.

Berkaitan

  • PDRM Ingatkan Larangan Guna Telefon Semasa Memandu
  • Hanya Tinggal Sehari Saja Lagi Untuk Penjawat Awam Daftar PADU
  • Pemilik iPhone 7 Di Amerika Akan Terima Bayaran Hampir RM1700

Sumber: CIRP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY