Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 7 Plus_wisermy 2

iPhone Pertama Dengan Dwi-Kamera Belakang Kini Jadi Produk Vintaj

Diterbitkan Mei 22, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini menyenaraikan iPhone 7 Plus dan dua varian iPhone 8 sebagai produk vintaj, memandangkan kedua-duanya telah melepasi tempoh lima tahun sejak dilancarkan.

iPhone 7 Plus, yang dilancarkan pada 2016, adalah iPhone pertama yang dilengkapi dengan sistem dwi-kamera belakang. Bersama dengan model iPhone 7 yang lebih kecil, ia memperkenalkan butang Home jenisĀ solid-state, pilihan warna Jet Black, dan menjadi iPhone pertama yang membuang port audio 3.5mm.

Apple turut menambah varian 64GB dan 256GB ke dalam senarai produk vintaj, manakala varian 128GB belum dianggap vintaj kerana dijual untuk tempoh lebih lama. Model (PRODUCT) RED iPhone 8 pula sudah tersenarai dalam kategori vintaj sebelum ini.

iPhone 8 merupakan model iPhone pertama yang menyokong pengecasan tanpa wayar, dan dilancarkan bersama iPhone X pada 2017.

Sementara itu, iPad Air 2 dan iPad mini 2 pula diklasifikasikan sebagai produk usang oleh Apple.

Buat pengetahuan, sesuatu peranti dianggap vintaj apabila sudah tidak dijual lebih daripada 5 tahun tetapi kurang daripada 7 tahun. Selepas tempoh ini, Apple tidak lagi menjamin ketersediaan alat ganti untuk pembaikan.

Apabila tempoh melebihi 7 tahun, peranti akan diklasifikasikan sebagai ‘usang’, bermakna perkhidmatan perkakasan dihentikan sama ada di Apple Store atau Penyedia Perkhidmatan Sah Apple.

Berkaitan

  • iPhone XS Max Kini Dikategorikan Produk Vintaj
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Apple Dilapor Bakal Ubah Tradisi Pelancaran iPhone
  • "Anda Mungkin Tak Perlukan iPhone Dalam 10 Tahun Lagi" - Eksekutif Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY