Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iPhone 6 plus_

Empat Peranti Apple Kini Disenaraikan Produk Vintaj Dan Usang

Diterbitkan April 1, 2024 · Dikemas kini April 2, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengemas kini senarai produk vintaj dan usang (obsolete) dengan penambahan model iPhone dan iPad yang lebih lama.

Berkaitan

  • iPhone Pertama Dengan Sokongan Apple Pay Kini Disenarai Sebagai Produk Vintaj
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Apple kini menganggap iPhone 6 Plus sebagai “usang” di seluruh dunia, bermakna Apple Store dan Pembekal Khidmat Sah Apple (AASP) tidak lagi menawarkan perkhidmatan pembaikan atau perkakasan lain untuk peranti ini.

Menurut Apple, produk akan dianggap usang setelah syarikat berhenti mengedarkannya untuk jualan lebih daripada 7 tahun yang lalu.

Imbas kembali, Apple melancarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus pada September 2014. Namun, pengeluaran iPhone 6 Plus dihentikan pada September 2016, manakala iPhone 6 diperkenalkan semula di negara tertentu pada 2017 dan berterusan dijual sehingga September 2018.

Berikutan itu, hanya iPhone 6 Plus yang disenaraikan sebagai usang, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Penambahan produk vintaj

Bagi kategori produk vintaj pula, Apple menambah iPad mini 4 dalam penyenaraian berkenaan. Selain itu, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus turut dianggap sebagai produk vintaj, tetapi hanya untuk varian (PRODUCT) RED sahaja.

Perlu diketahui, produk Apple akan dikategorikan sebagai vintaj apabila syarikat berhenti mengedarkannya untuk jualan lebih daripada 5 tahun dan kurang daripada 7 tahun yang lalu.

Namun begitu, Apple akan terus menawarkan perkhidmatan pembaikan untuk produk vintaj sehingga 7 tahun (atau seperti dikehendaki undang-undang), tetapi bergantung kepada ketersediaan alat ganti.

Sumber: Apple Support, via MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY