Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_wiser

“Anda Mungkin Tak Perlukan iPhone Dalam 10 Tahun Lagi” – Eksekutif Apple

Diterbitkan Mei 8, 2025 ยท Dikemas kini Mei 9, 2025 oleh Amalina Athman

Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Apple Eddy Cue mengatakan iPhone mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti iPod dalam tempoh 10 tahun akan datang, dan puncanya adalah kecerdasan buatan (AI).

Kenyataan Cue itu dibuat semasa perbicaraan berkaitan penyelesaian antitrust Google Search, ketika beliau mengulaskan bagaimana AI berpotensi mengubah landskap industri teknologi dan membuka peluang kepada pemain baharu untuk menembusi pasaran.

Syarikat sedia ada menghadapi cabaran besar … kami bukan syarikat minyak, kami bukan pengeluar ubat gigi – ini semua benda yang akan kekal selamanya. Anda mungkin tidak lagi perlukan iPhone 10 tahun dari sekarang, walaupun sukar dipercayai. Satu-satunya cara untuk wujudkan persaingan sebenar adalah apabila berlaku perubahan teknologi.

Cue turut menambah bahawa salah satu keputusan paling tepat yang pernah dibuat Apple adalah menamatkan iPod, satu langkah yang disifatkannya sebagai berani. “Siapa sangka Apple sanggup hentikan produk yang begitu menguntungkan?” katanya.

Kenyataan itu mungkin kedengaran pelik, memandangkan lebih separuh hasil pendapatan Apple disumbangkan oleh jualan iPhone. Namun, Cue melihat AI sebagai satu “perubahan teknologi besar” yang mampu ‘meruntuhkan’ syarikat-syarikat gergasi yang dulunya kelihatan tidak dapat disaingi.

Di sebalik kenyataan Cue

Walaupun mungkin kelihatan seperti komen spekulatif yang disampaikan secara santai, namun kenyataan Cue dibuat ketika beliau memberi keterangan di mahkamah – satu situasi yang menarik perhatian meluas. Pastinya beliau juga sedar akan implikasi dan beratnya kenyataan tersebut.

Di sisi lain, Mark Gurman dari Bloomberg berpandangan ini mungkin cara Apple nempertahankan perjanjian bernilai AS$20 bilion dengan Google, dengan meyakinkan mahkamah bahawa Google kini sudah ketinggalan zaman dan iPhone pula semakin kurang relevan akibat kemunculan AI.

Dengan kata lain, perjanjian itu sudah tidak lagi penting, jadi tiada keperluan untuk dibatalkan seperti cadangan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Meskipun Apple mungkin tidak merancang untuk menghentikan iPhone menjelang 2035, tidak dapat dinafikan kita kini di ambang satu perubahan besar dalam pembangunan teknologi.

Perubahan ini bukan sahaja memberi impak besar, malah ia dijangka akan mengubah cara kita berinteraksi dengan teknologi, sekali gus mempengaruhi norma pengguna yang sedia ada.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Telefon Pintar 10 Tahun Lagi: Terus Berevolusi Atau "Pupus"?
  • iPhone Akan Datang Mungkin Dibuat Di India, Bukan China
  • AI Kini Tulis Kod Untuk Microsoft, Meta Dan Google
  • Apple Dilapor Bakal Ubah Tradisi Pelancaran iPhone

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY