Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple, iPhone Air, AFP

iPhone Air Kurang Dapat Sambutan, Apple Dilapor Kurangkan Pengeluaran

Diterbitkan Oktober 23, 2025 oleh Amalina Athman

Permintaan untuk iPhone Air dilaporkan tidak mencapai jangkaan Apple, menyebabkan rantaian bekalan syarikat itu mula mengurangkan penghantaran serta pengeluaran peranti tersebut.

Menurut penganalisis Ming-Chi Kuo, pembekal dijangka mengurangkan kapasiti pengeluaran lebih 80% menjelang suku pertama 2026. Beberapa komponen yang memerlukan tempoh penghasilan lebih lama juga dikatakan akan dihentikan sepenuhnya menjelang akhir 2025.

Kuo menjelaskan, prestasi jualan iPhone Air yang lemah menunjukkan model iPhone 17 dan 17 Pro sudah pun memenuhi sebahagian besar permintaan pengguna dalam segmen premium, sekali gus meninggalkan ruang yang sangat terhad untuk menembusi pasaran baharu.

iPhone Air demand has fallen short of expectations, leading the supply chain to begin scaling back both shipments and production capacity. Most suppliers are expected to reduce capacity by more than 80% by 1Q26, while some components with longer lead times are expected to be…

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) October 22, 2025

Seperti dilaporkan MacRumors, beberapa laporan lain turut menyokong situasi ini. Minggu lalu, Apple dilaporkan akan mengurangkan pengeluaran iPhone Air sebanyak sejuta unit berikutan prestasi jualan yang hambar.

Sementara itu, Nikkei Asia pula melaporkan bahawa permintaan untuk iPhone Air “hampir tiada”, dan Apple dijangka akan mengurangkan pengeluarannya secara besar-besaran.

Walaupun model iPhone standard dan iPhone Pro terus menunjukkan prestasi kukuh, Apple dilihat masih mencari “formula terbaik” untuk model keempat dalam barisan iPhone.

Sebelum ini, syarikat itu pernah memperkenalkan iPhone mini bersaiz 5.4 inci, kemudian beralih kepada iPhone Plus. Namun, kedua-duanya tidak begitu mendapat sambutan.

Prestasi jualan iPhone Air ketika ini mungkin dipengaruhi oleh kedudukannya yang kurang jelas dalam barisan iPhone. Dengan harga yang tidak jauh beza daripada model Pro tetapi menawarkan ciri yang dikurangkan demi rekaan lebih nipis dan ringan, ramai pengguna cenderung memilih model utama yang dilihat memberi lebih nilai dari segi fungsi dan prestasi.

Berkaitan

  • Apple Perkenal iPhone Ternipis, iPhone Air Dengan eSim Sahaja
  • iPhone Air: iPhone Pro Tanpa Kamera Pro, Untuk Siapa Sebenarnya?
  • Elak Diboikot, Iklan iPhone Air Di Korea Selatan Terpaksa Disunting
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY