Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Air_8

iPhone Air 2 Mungkin Hadir Dengan Dua Kamera Belakang

Diterbitkan November 7, 2025 · Dikemas kini November 7, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini sedang membangunkan model kedua untuk iPhone Air yang dijangka hadir dengan dua kamera belakang, menurut sumber di China seperti dilaporkan MacRumors.

Peniris terkenal “Digital Chat Station” mendakwa Apple sedang menilai penggunaan sistem dwi-lensa untuk generasi seterusnya bagi iPhone ultra nipis tersebut.

Kamera baharu itu dijangka menggabungkan lensa 48MP Fusion Ultra Wide bersama kamera utama 48MP Fusion sedia ada, sama seperti yang digunakan pada model asas iPhone 17.

iPhone Air 2 rumors_1

Sumber sama turut memaklumkan bahawa Apple masih akan mengekalkan reka bentuk bonggol kamera mendatar yang menjadi identiti iPhone Air, menunjukkan lensa kedua akan disusun secara bersebelahan dan bukan menegak seperti susunan dwi-lensa pada iPhone 17.

Ketika ini, beberapa komponen penting ditempatkan pada bahagian bonggol kamera iPhone Air bagi memaksimumkan ruang bateri. Jika Apple ingin menambah satu lagi kamera, perubahan besar mungkin diperlukan pada reka bentuk dalaman peranti.

iPhone Air_7
foto: Apple

Walaupun begitu, laporan turut menyatakan bahawa Apple masih akan memberi tumpuan kepada reka bentuk yang ultra nipis dan ringan.

Berkaitan

  • Apple Perkenal iPhone Ternipis, iPhone Air Dengan eSim Sahaja
  • iPhone Air: iPhone Pro Tanpa Kamera Pro, Untuk Siapa Sebenarnya?
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • iPhone Air Kurang Dapat Sambutan, Apple Dilapor Kurangkan Pengeluaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY