Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Apple Dilapor ‘Intai’ Google Gemini Untuk Ciri AI Generatif iPhone

Diterbitkan Mac 18, 2024 oleh Amalina Athman

Apple kini sedang berbincang untuk membangunkan enjin kecerdasan buatan (AI) Google Gemini ke dalam iPhone, lapor Bloomberg.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Apple Akan "Buat Penemuan Baru" Dalam AI Generatif Tahun Ini - Tim Cook
  • Apple Dilapor Mahu Jenamakan Semula 'Apple ID'

Memetik Bloomberg, kedua-dua syarikat itu sedang dalam rundingan aktif untuk membenarkan Apple melesenkan Gemini, iaitu set model AI generatif. Ia bagi membolehkan model itu menguasakan beberapa ciri yang bakal hadir dalam perisian iPhone pada tahun ini.

Selain itu, Apple baru-baru ini juga dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan OpenAI dan mempertimbangkan untuk menggunakan model AI syarikat itu.

Sekiranya perjanjian antara Apple dan Google membuahkan hasil, ia akan memberikan kelebihan kepada Gemini dengan potensi berbilion pengguna.

Bagaimanapun, buat masa ini kedua-dua pihak dikhabarkan belum memutuskan syarat, penjenamaan perjanjian AI atau memuktamadkan bagaimana ia akan dilaksanakan.

Walaupun perbincangan antara Apple dan Google kekal aktif, sebarang perjanjian tidak mungkin akan diumumkan sehingga WWDC kelak. Juga, terdapat kemungkinan kedua-duanya tidak mencapai persetujuan atau Apple memilih penyedia AI generatif lain, seperti OpenAI.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY