Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro M4 Jauh Lebih Ringan Berbanding iPad Air M2

iPad Pro M4 Jauh Lebih Ringan Berbanding iPad Air M2

Diterbitkan Mei 8, 2024 oleh Amsyar Latif

Acara Apple baru sahaja selesai di mana ia memfokuskan peranti iPad. Menerusinya, model iPad Air dan iPad Pro dikemas kini.

iPad Air dikuasakan cip M2. Sementara iPad Pro pula didatangkan dengan cip M4 dan akhirnya model ini menggunakan panel OLED.

Dalam inti pati acara tersebut, antara perkara menarik yang Apple katakan adalah model iPad Pro adalah produk Apple paling nipis pernah mereka hasilkan. Malah, jauh lebih nipis berbanding iPod Nano.

Selain itu, iPad Pro juga adalah lebih ringan berbanding iPad Air.

iPad Pro 13 inci (Wi-Fi) hanyalah seberat 579g. Manakala iPad Air 13 inci (Wi-Fi) adalah 617g. Untuk iPad Pro 11 inci (Wi-Fi) pula adalah 444g dan iPad Air 11 inci (Wi-Fi) 462g.

Imbas kembali, iPad Pro dijual pada tanda harga bermula RM5,299. Manakala iPad Air pula bermula RM2,999. Buat masa sekarang, ia belum tersedia lagi di Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY