Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro Baharu Dan iPad Gen-10 Kini Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

iPad Pro Baharu Dan iPad Gen-10 Kini Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan November 10, 2022 · Dikemas kini November 10, 2022 oleh Amalina Athman

Pada bulan lalu, Apple telah mengumumkan iPad Pro baharu yang dijana cip pemprosesan M2 serta iPad Gen-10. Terbaru, melalui laman web Apple memperlihatkan iPad Pro baharu dan iPad Gen-10 secara rasmi hari ini telah mula dijual untuk pasaran Malaysia.

iPad Pro Baharu Dan iPad Gen-10 Kini Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Mengimbas kembali, iPad Pro baharu hadir dengan dua saiz iaitu 11-inci dan 12.9-inci, dijana cip M2 dengan 8-teras CPU dan 10-teras GPU. Antara lainnya adalah sokongan Wi-Fi 6E serta port pengecasan USB-C dengan sokongan Thunderbolt/USB 4. Ia juga mempunyai sokongan Apple Pencil generasi ke-2 yang boleh mengesan isyarat elektromagnet yang dihantar melalui hujung pensel dari jarak sehingga 12mm di atas paparan.

iPad Pro Baharu Dan iPad Gen-10 Kini Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Bagi iPad Gen-10, ia didatangkan dengan skrin bersaiz 10.9-inci bersama janaan cip A14 Bionic, sokongan Touch ID pada butang sisi, kamera hadapan 12MP yang diletakkan secara landskap, port pengecasan USB-C, sokongan Apple Pencil generasi pertama serta Magic Keyboard Folio yang direka khusus untuk iPad baharu.

Berkaitan

  • Apple Umum iPad Pro Baharu - Cip M2, Harga Bermula RM3,899
  • Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C

Harga

iPad Gen-10 diletakkan pada harga bermula RM2,099. Sementara itu, iPad Pro 11-inci dan iPad Pro 12.9-inci masing-masing ditawarkan dengan harga bermula RM3,899 dan RM5,399. Kedua-dua peranti sudah pun tersedia untuk pasaran tempatan bermula hari ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY