Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aplikasi Photos Terima Tiga Ciri Suntingan Baharu Dalam iOS 27

Posted on Jun 9, 2026Jun 9, 2026

Apple hari ini turut mengumumkan beberapa alat suntingan foto baharu yang dikuasakan Apple Intelligence untuk aplikasi Photos dalam iOS 27, termasuk Cleanup yang dinaik taraf serta alat baharu Extend dan Spatial Reframing.

Melalui Spatial Reframing, pengguna boleh memperbaiki komposisi foto selepas gambar dirakam. Ciri ini membolehkan perspektif imej diubah seolah-olah kamera diposisikan semula ketika gambar asal diambil.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/09074121/Apple-iOS-27-Spatial-Reframing-260608.mp4

Menurut Apple, teknologi ini dibangunkan berdasarkan pemahaman mendalam dalam pembangunan model spatial menerusi Apple Vision Pro. Apabila pengguna mengubah sudut atau kedudukan foto, sistem hanya akan menjana kandungan baharu pada bahagian yang diperlukan bagi memastikan hasil akhir kekal konsisten dengan pemandangan asal.

Apple turut memperkenalkan ciri Extend yang membolehkan imej diperluaskan tanpa perlu memotong kandungan penting. Ruang tambahan yang diperlukan akan dijana secara automatik bagi melengkapkan imej.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/09074145/Apple-Intelligence-Extend-tool-260608.mp4

Selain itu, ciri Clean Up turut menerima penambahbaikan. Pengguna kini boleh membuang objek atau elemen yang mengganggu dengan hasil yang lebih semula jadi, termasuk pada foto yang mempunyai latar belakang yang rumit.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/09074131/Apple-Intelligence-Clean-Up-260608.mp4

Apple turut memaklumkan semua foto yang disunting menggunakan Apple Intelligence secara automatik akan disertakan dengan tera air (watermark) tersembunyi SynthID bagi mengenal pasti bahawa imej tersebut telah diubah suai dengan bantuan AI.

Apple Intelligence dalam iOS 27 tersedia pada modelĀ iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, iPhone 16e, iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, iPhone 16 Pro Max, iPhone 17e, iPhone 17, iPhone Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress