Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 26.3_1

iOS 26.3 Kini Tersedia – Mudahkan Pemindahan Data Ke Android, Lebih 35 Tampalan Keselamatan

Diterbitkan Februari 12, 2026 · Dikemas kini Februari 12, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini melancarkan iOS 26.3, kemas kini terbaharu untuk iPhone yang hadir selepas dua bulan iOS 26.2 dikeluarkan.

Menurut Apple, iOS 26.3 menyertakan beberapa pembetulan pepijat serta kemas kini keselamatan penting. Namun, terdapat juga beberapa ciri baharu yang tidak disenaraikan secara rasmi.

Pindah ke Android

Apple kini menambah sokongan pemindahan data ke peranti Android. Pengguna hanya perlu meletakkan iPhone bersebelahan peranti Android untuk memulakan proses pemindahan data secara terus.

iOS 26.3_2

Apabila kedua-dua peranti disambungkan, pengguna boleh memilih untuk memindahkan data seperti foto, mesej, aplikasi, nombor telefon dan lain-lain.

Namun, data kesihatan, peranti yang dipasangkan dengan Bluetooth serta item dilindungi seperti nota berkunci tidak boleh dipindahkan ke peranti baharu.

Ciri ini boleh diakses melalui Settings > General > Transfer or Reset iPhone > Transfer to Android. Untuk menggunakan ciri pemindahan, pengguna memerlukan versi Android 16 yang serasi.

Hias Latar Cuaca

Kategori Weather kini mempunyai seksyen tersendiri dalam pilihan penyesuaian Lock Screen, berasingan daripada Astronomy.

iOS 26.3 Kini Tersedia – Mudahkan Pemindahan Data Ke Android, Lebih 35 Tampalan Keselamatan

Untuk mengaksesnya, tekan dan tahan pada Lock Screen, kemudian pilih ikon ‘+’ di bahagian bawah kanan skrin.

Lebih 35 Tampalan Keselamatan

iOS 26.3 membawakan lebih 35 tampalan keselamatan, termasuk satu pepijat dalam dyld (dynamic link editor) yang berpotensi membolehkan pelaksanaan kod sewenang-wenangnya.

Apple menyatakan pepijat ini mungkin telah dieksploitasi dalam serangan yang “sangat canggih” terhadap individu tertentu menggunakan versi iOS sebelum iOS 26.

iOS 26.3_7

Bagaimanapun, isu kerosakan memori ini telah diperbaiki melalui pengurusan keadaan yang lebih baik.

Tampalan keselamatan ini turut melibatkan komponen seperti Kernel, Game Center, WebKit, CoreServices, Bluetooth, Accessebility, UI Kit, Wi-Fi dan lain-lain.

Lain-lain

Di Kesatuan Eropah (EU),  iOS 26.3 menambah dua ciri baharu iaitu Notification Forwarding dan pemasangan berasaskan jarak ala-AirPods untuk peranti pihak ketiga seperti fon kepala dan jam pintar, bagi mematuhi Akta Pasaran Digital EU.

iOS 26.3_4
Foto: Apple Hub

Selain itu, iOS 26.3 turut memperkenalkan “Limit Precise Location”, ciri privasi yang mengehadkan perkongsian tahap data lokasi dengan rangkaian mudah alih. Ciri ini hanya tersedia pada peranti dengan modem C1 dan C1X (iPhone 16e, iPhone Air dan iPad Pro M5) dan terhad kepada pembawa tertentu di Amerika Syarikat.

Ketersediaan

Pengguna boleh memasang kemas kini iOS 26.3 secara OTA (over-the-air) melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

Bagi iPhone yang tidak menyokong atau belum dinaik taraf kepada ‌iOS 26‌, Apple turut mengeluarkan kemas kini iOS 18.7.5.

Berkaitan

  • Pemindahan Data Antara iPhone Dan Android Kelak Lebih "Mesra Pengguna"
  • Quick Share Kini Berfungsi Dengan AirDrop - Mudahkan Perkongsian Fail Android, iPhone
  • Ini Antara Yang Baharu Dalam iOS 26.2
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY