Pemindahan Data Antara iPhone Dan Android Kelak Lebih "Mesra Pengguna"

Bagi mematuhi Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah, Apple telah membuat beberapa perubahan besar seperti membenarkan sideloading, kaedah pembayaran alternatif dan sebagainya.

Selain itu, Apple mengesahkan akan menyediakan cara yang lebih "mesra pengguna" untuk memindahkan data daripada iPhone ke peranti dengan sistem operasi berbeza. 

{suggest}

Dalam Laporan Pematuhan DMA bertarikh 7 Mac 2024, Apple berkata ia sedang membangunkan penyelesaian untuk memudahkan pemindahan data daripada iPhone ke "telefon bukan Apple" atau Android.
Third parties offer migration solutions that help users transfer data between devices with different operating systems. To build on those options, Apple is developing a solution that helps mobile operating system providers develop more user-friendly solutions to transfer data from an iPhone to a non-Apple phone.

Apple menyasarkan penyelesaian itu akan tersedia menjelang suku keempat 2025. 

Dalam pada itu, Apple juga sedang membangunkan penyelesaian untuk membolehkan eksport dan import data antara pelayar pada peranti yang sama - dijangka tersedia pada akhir 2024/awal 2025.

Ketika ini, tidak jelas sama ada Apple akan membawakan perubahan tersebut kepada pengguna global. Namun, berdasarkan cara ia mengendalikan langkah pematuhan yang lain, kemungkinan perubahan itu hanya eksklusif kepada pengguna di negara Eropah sahaja.

Sumber: Apple, via The Verge

Gambar utama: Digital Trends