Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Quick Share AirDrop_1

Quick Share Kini Berfungsi Dengan AirDrop – Mudahkan Perkongsian Fail Android, iPhone

Diterbitkan November 21, 2025 · Dikemas kini Jun 3, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini mengumumkan ciri rentas platform yang memudahkan perkongsian fail antara pengguna iPhone dan Android. Melalui Quick Share di Android dan AirDrop pada peranti Apple, pengguna boleh memindahkan fail antara kedua-dua platform dengan lebih lancar.

Bermula hari ini, ciri ini dilancarkan terlebih dahulu untuk siri Pixel 10 dan boleh digunakan bersama iPhone, iPad serta Mac. Namun, Google masih belum mendedahkan bila sokongan yang sama akan tersedia untuk model Pixel terdahulu.

“Untuk memastikan pengalaman yang lancar bagi pengguna Android dan iOS, Quick Share pada masa ini berfungsi melalui mod AirDrop “Everyone for 10 minutes”. Ciri ini tidak menggunakan sebarang helah atau jalan pintas. Sambungannya adalah secara terus dan peer to peer, kandungan yang dikongsi tidak direkodkan dan tiada maklumat tambahan dikongsi,” menurut Google di blognya.

Google menjelaskan sokongan QuickShare dan AirDrop dibangunkan dengan pendekatan keselamatan berbilang lapisan untuk memastikan pengalaman perkongsian yang selamat tanpa mengira platform.

Ia merangkumi saluran perkongsian yang dilindungi, perlindungan keselamatan terbina pada Android dan iOS, serta keperluan persetujuan sebelum sesuatu fail diterima.

Berkaitan

  • Anda Kini Boleh “AirDrop” Fail Antara iPhone Dan Windows PC
  • Android Dan iPhone Akhirnya Akan Boleh Berkongsi Fail
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Google Play Store Akan Papar Amaran Aplikasi Cepat Habiskan Bateri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY