Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 26.3.1 Kini Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat

iOS 26.3.1 Kini Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat

Diterbitkan Mac 5, 2026 · Dikemas kini Mac 5, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah mengeluarkan iOS 26.3.1, iaitu kemas kini kecil yang hadir kira-kira tiga minggu selepas iOS 26.3 dilepaskan.

Menurut Apple, kemas kini ini memperluas sokongan untuk paparan baharu iaitu Studio Display (2026) dan Studio Display XDR untuk iPhone yang serasi, selain turut menyertakan pembetulan pepijat yang tidak diperincikan.

Pengguna boleh memasang kemas kini iOS 26.3.1 secara OTA (over-the-air) melalui Settings > General > Software Update > Update Now. Bagi iPhone yang tidak menyokong atau belum dinaik taraf kepada ‌iOS 26‌, Apple turut melepaskan kemas kini iOS 18.7.6.

Dalam perkembangan berkaitan, Apple kini sedang menguji versi beta iOS 26.4 dan iPadOS 26.4, yang dijangka menjadi kemas kini seterusnya tidak lama lagi.

Berkaitan

  • iOS 26.3 Kini Tersedia - Mudahkan Pemindahan Data Ke Android, Lebih 35 Tampalan Keselamatan
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • iPhone 17e Kini Rasmi - Storan Bermula 256GB Pada Harga RM2,999
  • MacBook Neo Kini Rasmi - Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
©2026 WISER.MY