Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.5 Kini Boleh Dimuat Turun – Lebih 30 Isu Keselamatan Dibaiki

iOS 18.5 Kini Boleh Dimuat Turun – Lebih 30 Isu Keselamatan Dibaiki

Diterbitkan Mei 13, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini mengeluarkan iOS 18.5 (22F76) dan iPadOS 18.5, iaitu versi kelima bagi sistem operasi iOS 18 dan iPadOS 18 yang diperkenalkan pada September tahun lalu.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah notifikasi untuk ibu bapa apabila kod laluan Screen Time digunakan pada peranti anak – satu langkah tambahan untuk kawalan penggunaan peranti dalam kalangan kanak-kanak.

iOS 18.5 juga membawa sokongan sambungan satelit untuk barisan iPhone 13. Namun, Apple menjelaskan bahawa ciri ini hanya melibatkan perkhidmatan satelit yang disediakan oleh penyedia rangkaian (carrier-provided), dan bukannya ciri satelit milik Apple sendiri seperti Emergency SOS yang hanya tersedia pada iPhone 14 dan model lebih baharu.

Walaupun begitu, buat masa ini ciri sambungan satelit belum lagi tersedia untuk pengguna Malaysia.

30 tampalan keselamatan

Selain itu, Apple turut mengemas kini halaman keselamatan, mendedahkan bahawa iOS 18.5 membetulkan lebih 30 kelemahan keselamatan yang melibatkan komponen seperti Bluetooth, FaceTime, Apple JPEG dan lain-lain.

Namun begitu, Apple memaklumkan bahawa setakat ini tiada bukti menunjukkan kelemahan keselamatan tersebut pernah dieksploitasi secara aktif.

kelemahan keselamatan iOS 18.5_1
kelemahan keselamatan iOS 18.5_2
kelemahan keselamatan iOS 18.5_3
kelemahan keselamatan iOS 18.5_4
kelemahan keselamatan iOS 18.5_5

Turut disertakan dalam iOS 18.5 ialah tampalan satu kelemahan keselamatan pada komponen baseband cip C1, di mana pihak yang berada dalam posisi rangkaian tertentu berkemungkinan boleh memintas trafik rangkaian.

Seperti biasa, pengguna disarankan untuk mengemas kini peranti Apple kepada iOS 18.5 secepat mungkin. Ini bagi memastikan peranti sentiasa dilindungi dengan perisian paling selamat dan terkini.

Untuk kemas kini secara OTA (over-the-air), pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Apple Sahkan WWDC 2025 Akan Berlangsung 9 Hingga 13 Jun
  • Ini Gambaran Awal iOS 19
  • iOS 18.4.1 Dikeluarkan Dengan Dua Tampalan Keselamatan Penting

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY